Raja Farah Selamat Lahirkan Anak Sulung


TAHNIAH diucapkan buat pelakon Raja Farah yang telah selamat menimang cahaya mata sulung, awal pagi tadi.

Memetik laman Facebook Nurul MariHamil Furmon, Raja Farah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.16 kilogram pada jam 3.35 pagi hari ini.

Raja Farah berkahwin dengan ahli perniagaan, Iskandar Ismail pada 6 September tahun lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Tahniah diucapkan buat Raja Farah dan suami dengan kehadiran si comel yang pastinya bakal menyerikan lagi bahtera rumah tangga pasangan sama cantik sama padan ini. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA