Pusat Jantung Samarahan Berkelas Dunia



KOTA SAMARAHAN : Peranan Pusat Jantung Samarahan pada hari bukan sekadar memberi rawatan kepada pesakit jantung malah dijadikan pusat untuk penyelidikan bagi penuntut luar negara.

Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Professor Dr Sim Kui Hian berkata, pusat tersebut dijadikan pusat penyelidikan yang berkelas dunia serta dijadikan pusat penyelidikan oleh sebuah kolej perubatan dan pembedahan di United Kingdom pada tahun ini.

"Sebelum ini penuntut negeri ini akan ke UK untuk belajar ilmu perubatan tetapi hari ini penuntut di UK dapat menuntut di sini.

"Ini adalah kejayaan terbesar Yayasan Jantung Sarawak yang memiliki ahli-ahli yang begitu gigih berusaha," katanya di Majlis Penyerahan Peralatan Perubatan (VATS System) di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan pusat tersebut juga dapat di manfaatkan oleh rakyat miskin untuk mendapat rawatan kerana yayasan bertanggungjawab mencari sumber kewangan perubatan.

Hadir sama ialah Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Ragad, Ahli Parlimen Samarahan Puan Rubiah Wang dan Dif-dif kehormat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA