Potong Lidah Untuk Tuhan


New Delhi: Seorang pelajar berusia 19 tahun memotong lidahnya dengan pisau dan menawarkan kepada Dewi Kali sebagai korban untuk memenuhi hajatnya.

Aarti Dubei, pelajar sebuah kolej di Madhya Pradesh melakukan korban itu, kononnya selepas dia mimpi menemui Tuhan Kali yang menuntut dia korbankan lidahnya sebagai ganti untuk menunaikan impiannya.

Kejadian berlaku di kuil Kali di bandar Reeva.

Aarti pengsan serta-merta selepas memotong lidahnya dan mempersembahkannya kepada dewi itu.

Dia bagaimanapun sedar semula lima jam kemudian dan bangun untuk menamatkan ritualnya, termasuk mengelilingi kuil berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan yang mengetahui kejadian itu meminta bantuan doktor dan polis untuk membantu.

Aarti diperiksa pakar perubatan yang mengesahkan keadaannya tidak teruk sebelum dia dibenarkan pulang selepas dirawat.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada lidahnya disambung semula atau tidak.

Seorang wartawan tempatan, Shyam Mishra berkata: “Memang terdapat beberapa kejadian orang ramai menawarkan organ mereka kepada tuhan, dengan harapan impian mereka tertunai. Tetapi dalam kes mengejutkan ini, wanita itu berpelajaran.

“Selalunya yang mempercayai benda karut seperti ini ialah mereka yang buta huruf. Dengan Aarti yang bependidikan kolej melakukan pengorbanan seperti itu, ia sudah pasti menarik perhatian orang ramai,” katanya. - Daily Mail

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA