Polis Thailand Sahkan Seorang Suspek Terlibat


THAILAND: Polis Thailand mengesahkan hanya seorang individu menjadi dalang siri pengeboman yang berlaku di selatan Thailand beberapa hari lalu.

Individu itu dipercayai bertanggungjawab terhadap beberapa letupan dan kebakaran yang berlaku di beberapa lokasi tumpuan pelancongan seperti di Phuket, Krabi dan Hua Hin pada 11 Ogos lalu.

Difahamkan, letupan yang berlaku di beberapa lokasi itu telah menyebabkan empat rakyat tempatan terbunuh manakala puluhan lagi termasuk pelancong Eropah tercedera.

Memetik laporan yang diperoleh daripada portal Mediacorp.com, polis Thailand telah menahan suspek di rumahnya di daerah Muang.

Difahamkan, suspek adalah seorang aktivis politik dari Trang yang bergerak aktif dalam arena politik tempatan.

Pihak berkuasa juga sedang menganalisis bukti termasuk rakaman imej menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan sampel DNA.

Sejauh ini masih tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas sekurang-kurangnya 11 letupan kecil dan siri kebakaran khianat tersebut. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA