• Polis Tahan Suspek Kes Dalam Video yang diviralkan

    Published: Tuesday, 2 August 2016
    A- A+

    KUCHING: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam satu kejadian menyerang dan memukul seorang lelaki bandaraya ini

    Kejadian tersebut tersebar dalam sebuah video yang diviralkan sejak Ahad.

    Bertindak atas laporan, semalam polis telah berjaya menahan tiga suspek, yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

    Maklumat awal mendapati kejadian tersebut berpunca dari salah faham sekumpulan lelaki terhadap seorang yang dituduh merompak di sebuah pusat hiburan di Batu Empat 1/2, Jalan Penrissen di sini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10 malam Ahad lalu.

    “Mangsa berkunjung ke premis berkenaan bersama teman wanitanya tiba-tiba didatangi lima lelaki yang meluru masuk dan mengusirnya keluar sebelum menyerang mangsa menggunakan objek tajam dan keras,” katanya.

    Beliau memberitahu, ketiga-tiga suspek dalam berumur dalam lingkungan 29 hingga 35 tahun kini ditahan direman berkuatkuasa hari ini bagi membantu siasatan manakala dua lagi saspek masih di buru. -Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Tahan Suspek Kes Dalam Video yang diviralkan "