Polis Tahan Lelaki Jual Nombor Ekor Haram


MARUDI: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi kerana disyaki terlibat dengan kegiatan menjual nombor ekor secara haram.

Memetik kenyataan dari sebuah akhbar tempatan, satu serbuan di Pasar Beluru di Bakong Rabu lalu mendapati kegiatan loteri haram amat berleluasa.

Difahamkan, kesemua barangan milik suspek seperti satu unit telefon bimbit berwarna hitam jenis Nokia, wang tunai RM809, sebatang pen berwarna merah dan pencetak mudah alih disimpan di dalam beg sandang jenama Obermain berwarna coklat tersebut dirampas sebagai bukti kes.

Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA