Polis Tahan Dua Beranak Tanam Ketum


BANDAR SERI JEMPOL: Dua beranak ditangkap ketika menanam pokok ketum di sebuah kebun seluas kira-kira 0.2 hektar di FELDA Lui Selatan di sini, hari ini.

Bapa berusia 53 tahun dan anak lelakinya, 36 tahun, ditahan ketika serbuan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata kedua-dua suspek turut memasak daun ketum di kawasan tanah simpanan FELDA itu sejak 14 bulan lalu.

"Dua jenis pokok ketum ditanam, iaitu ketum jambu dan ketum daun merah, yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan," katanya selepas serbuan itu, hari ini.

Noorzainy berkata, anak benih pokok itu dipercayai diperoleh dari Selangor dan Kedah dengan ketum dijual dalam bentuk cecair dan daun kering untuk pasaran sekitar daerah ini. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA