Terlibat Judi, 65 Individu Ditahan Sekitar Sarawak


KUCHING: Seramai 65 individu ditahan  kerana terlibat dalam aktiviti perjudian di sekitar negeri ini.

Dua daripada individu yang ditahan merupakan warganegara asing.

Kesemua individu berusia dalam lingkungan 17 hingga 65 tahun ditahan dan wang tunai sebanyak RM17,355 turut dirampas dalam 32 serbuan berasingan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar ketika dihubungi berkata, operasi yang dijalankan minggu lepas merupakan serbuan terbesar setakat ini..

“Sebanyak 30 serbuan tersebut berjaya yang dijalankan, kita menangkap 65 individu  terlibat dalam kegiatan mempromosikan loteri awam tanpa lesen, perjudian atas talian  dan sabung ayam.

Turut dirampas sebanyak 55 tablet yang digunakan untuk perjudian atas talian di Lubok Antu dan Kuching manakala dua mesin perjudian turut dirampas.

Sementara itu, sebanyak 27 serbuan yang berkaitan dengan loteri haram serta empat serbuan berkaitan perjudian atas talian dan satu serbuan aktiviti sabung ayam.

“Dalam 27 serbuan loteri haram, pelbagai bahan pameran seperti pencetak mudah alih, telefon bimbit, kalkulator, lejar taruhan dan slip turut dirampas.” tambahnya.

Manakala dalam serbuan di kawasan aktiviti sabung ayam dijalankan di Limbang, seramai 11 lelaki dan empat ekor ayam jantan hidup serta tiga bangkai ayam turut dirampas.

Kesemua serbuan telah dilakukan oleh anggota dari JSJ IPK Sarawak, diikuti Bintulu mencatat empat serbuan dan dua serbuan masing-masing oleh JSJ Limbang, Padawan, dan Sri Aman manakala daerah JSJ Kuching, Sibu, Miri, Kota Samarahan, Sarikei, Simunjan, Song, Marudi, Belaga dan Lubok Antu masing-masing melancarkan satu serbuan, jelasnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA