Polis Sarawak Cekup Enam Suspek Curi Motosikal Di Sibu


SIBU:Polis Sarawak berjaya menumpaskan satu sindiket curi motosikal yang bergiat aktif sekitar bandar ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC Dato’ Dev Kumar berkata, kejayaan itu terbongkar setelah tertangkapnya seorang remaja berusia 17 tahun di sebuah rumah panjang Nanga Salim 18 Ogos lalu dan berjaya merampas semula sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan Honda yang dilaporkan dicuri pada pagi hari yang sama.

“Hasil siasatan awal telah menjurus kepada penangkapan suspek kedua berumur 16 tahun di rumah panjang yang sama dan seorang lagi ditahan di sebuah rumah di Batu 25 Jalan Sibu –Bintulu.

Suspek keempat seorang polis bantuan ditahan di sebuah ladang kelapa sawit di Selangau pada 20 Ogos manakala suspek kelima dan keenam berjaya ditahan disebuah rumah panjang di Bawang Assan dan di bandar Sibu” katanya dalam satu kenyataan media.


Siasatan mendapati sindiket terbabit telah terlibat dalam beberapa kes kecurian motosikal di sekitar Sibu dan Bintulu awal tahun ini dan kesemua motosikal yang dicuri telah dijual kepada pekerja asing di ladang kelapa sawit.

Bertindak atas maklumat Ops Lejang yang diketuai oleh ASP Tuan Abdullah Tuan Hassan menjalankan operasi di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Sibu Bintulu Selatan  berjaya merampas sebanyak 15 buah motosikal curi di pelbagai lokasi sekitar ladang berkenaan iaitu sebanyak 11 buah motosikal jenis Honda, , Modenas 4 buah, dan masing-masing sebuah motosikal jenis Mofas dan SYM.

"Ini adalah rampasan terbesar motosikal yang dicuri pada tahun ini dan kami percaya pihak kami berjaya melumpuhkan salah satu sindiket curi motosikal yang bergiat aktif di Sibu dan ucapan tahniah kepada gabungan pasukan ‘task force’ JSJ Sibu bersama JSJ IPK Sarawak diatas kejayaan terbesar serta kejayaan melumpuhkan kegiatan sindiket curi motosikal tersebut.” tambah Dev-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA