Polis Sahkan Tiada Komponen Bahan Letupan Kejadian Di Medan Hamidah



KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abg Ahmad Abg Julai mengesahkan beg yang diletakkan di bawah sebuah kereta yang diparkirkan di Medan Hamidah bukanlah bahan atau komponen bahan letupan.

Kejadian berlaku di tempat parkir Medan Hamidah.

Laporan polis dilakukan oleh seorang pekerja wanita Pizza Hut Medan Hamidah manakala pemilik kenderaan model Myvi berwarna biru merupakan seorang guru sekolah berasal yang dari Kampung Siol Kandis.

Sebaik aduan diterima, pihak Polis telah mengambil langkah keselamatan dengan meletakkan Police Line di sekitar kawasan tersebut bagi menjamin keselamatan orang awam.

Operasi disertai kehadiran anggota Unit Pencegahan Bom dan Unit Forensik bagi menyelamatkan objek terbabit. Setelah diperiksa, tiada bahan atau komponen bahan letupan ditemui.

Selepas pengesahan dibuat, kawasan tersebut diisytiharkan selamat kepada orang awam pada pukul 4:40 petang. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA