Polis Nafi Sawa Telan Wanita


MIRI: Polis menafikan laporan kes serangan ular sawa terhadap seorang wanita di Bintulu ketika mengutip sayur hutan di Sungai Plan, yang diviralkan menerusi media sosial sejak malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata tiada kes itu dilaporkan di Bintulu dan ia sengaja dihebohkan di internet untuk menarik perhatian.

"Justeru, saya minta orang ramai supaya tidak mudah percaya terhadap gambar atau cerita yang sengaja direka dalam internet untuk tujuan tertentu," katanya ketika diminta mengulas gambar yang tersebar dalam laman sosial di sini, sejak malam tadi.

Difahamkan ular sawa itu menelan seorang wanita di kawasan hutan di Sungai Plan ketika sedang mencari sayur hutan di kawasan itu. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA