Polis Cekup Tiga Suspek Kes Tembak Pembeli Lada Di Bau


KUCHING: Polis yakin dengan penemuan selaras senapang patah serta lapan butir peluru  yang disembunyikan di belakang rumah milik suspek di Kampung Selarat, Sematan semalam dan tiga suspek dalang utama kes berkenaan adalah penyelesaian bagi kes tembak seorang pembeli lada di kampung Jugan, Bau 21 Jun lepas.


Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor dalam satu kenyataan berkata ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan dalam tiga operasi berasingan iaitu di Taman Dahlia, Matang, Taman Samajaya dan Tabuan Melayu.

“Suspek pertama berusia 40 tahun ditahan di Matang sekitar jam 4.30 pagi dan pada masa yang sama seorang lagi suspek berusia 42 tahun, ditahan selepas ditemui bersembunyi di siling sebuah rumah pangsa di Taman Samajaya manakala suspek ketiga yang berusia 42 tahun berjaya ditahan di sebuah rumah di Tabuan Melayu semalam(2.Ogos).” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Melalui hasil siasatan pihak polis berjaya menemui selaras senapang patah yang dijumpai di rumah salah seorang suspek di Kampung Selarat, Sematan petang semalam.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.

Sementara itu, Mazlan juga turut mengucapkan tahniah kepada unit pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sarawak SAC Dev Kumar bersama ASP Francis Boniface Barau, ASP Lawrence Rawieng dan ASP Shuib Abdul Samat dalam penyelesaian kes berkenaan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA