Polis Buru Penyamun Bapa Emma Maembong


KUALA LUMPUR - Polis memburu dua lelaki berkulit gelap yang dipercayai menyamun dan menetak bapa kepada pelakon, Emma Maembong dalam bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) petang semalam.

Mangsa, Ismael Maembong ketika kejadian sedang berkarya didatangi dua suspek yang bertindak menyamun mangsa kira-kira 5.15 petang itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji, berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menaiki motosikal memasuki kawasan bangunan berkenaan.

Tambah beliau,siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun serta mendatangkan kecederaan. - K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA