'Pokemon Go' Tidak Haram Di Sarawak


KUCHING: 'Pokemon Go' tidak diharamkan di Sarawak dan sesiapa sahaja bebas untuk bermain permainan popular tersebut.

Setakat ini, tiada halangan untuk umat Islam di Sarawak bermain permainan itu, tidak seperti beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, sebenarnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang patut membuat keputusan sama ada permainan terbabit bahaya atau perlu dihalang.

"Sekiranya permainan ini memudaratkan, SKMM perlu mengambil tindakan dan ia tidak ada kaitan dengan agama.

"Terdapat kebaikan dan keburukan bermain permainan ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Islam Sarawak (MIS) hari ini. -Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA