Pogba Sah Milik United


MANCHESTER: Pemain tengah Perancis, Paul Pogba melengkapkan perpindahannya dari Juventus ke Manchester United sebentar tadi, umum kelab Liga Perdana itu tanpa menyatakan berapa bayaran perpindahan yang sebelum ini dilaporkan media sebagai rekod dunia.

Pogba tiba di kompleks latihan United untuk menjalani pemeriksaan perubatan pada semalam.

Dia meninggalkan Manchester bagi menyertai juara Serie A dengan perpindahan percuma pada 2012.

United berkata dia menandatangani kontrak lima tahun. Media Britain berkata United bersetuju membayar Juventus rekod perpindahan dunia 89 juta pound (RM467.59 juta) bagi Pogba, tidak termasuk bayaran ejen. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA