PM Ucap Tahniah Pasukan Bola Jaring Rangkul Juara Asia


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring negara yang menamatkan kemarau 31 tahun untuk menjuarai Kejohanan Bola Jaring Asia.

"Tahniah pasukan bola jaring kita juara Kejohanan Bola Jaring Asia, kali pertama kita bawa pulang trofi ini sejak 1985!," katanya dalam catatan terbaru di Twitter.

Pasukan bola jaring negara menewaskan Sri Lanka 41-31 dalam perlawanan akhir di Gimnasium Chanthanayingyong, Bangkok, Thailand semalam untuk bergelar juara. Kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan itu adalah di Kuala Lumpur pada 1985. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA