PM Ucap Tahniah Beregu Campuran Malaysia


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak pagi ini mengucapkan tahniah kepada beregu campuran badminton negara kerana kejayaan melangkah ke perlawanan final Olimpik Rio 2016.

Perdana Menteri berkata, pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mempamerkan aksi menakjubkan sebelum melakar kemenangan untuk negara.

"Tahniah Chan Peng Soon dan @gohliuying bawa #MAS ke final! What a performance! (Aksi menakjubkan!) Selangkah lagi menuju emas #Olympics #Rio2016 #KamiTeamMalaysia," katanya menerusi entri akaun Twitter rasminya @NajibRazak, sebentar tadi.

Gandingan negara yang menduduki ranking ke-11 dunia itu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan dua set 21-12, 21-19. 

Kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final disifatkan paling bersejarah kerana beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992.

Gandingan negara akan menentang pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, pada final esok.

Pasangan Indonesia berkenaan sebelum itu menyingkirkan satu lagi cabaran pasangan campuran China, Zhang Nan-Zhao Yunlei. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA