PM Saksi Pertukaran Dokumen Perjanjian Projek NCIA

Foto Berita Harian

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini menyaksikan pertukaran Dokumen Perjanjian Program Pembangunan di Koridor Utara bernilai RM960 juta di Perdana Putra, di sini.

Perjanjian membabitkan tiga syarikat iaitu Temasek Growth Sdn Bhd, FigDirect Sdn Bhd, Attest Research Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Muda Selatan dengan kerajaan negeri Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Perdana Menteri sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Ke-16.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq, berkata Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) mencatat pelaburan memberangsangkan berjumlah RM4.47 bilion bagi enam bulan pertama 2016.

"Jumlah ini mencapai lebih 50 peratus sasaran berjumlah RM6.5 bilion yang ditetapkan pada tahun ini.

"Bagi tempoh enam bulan pertama juga, Koridor Utara berjaya mencipta 7,477 peluang pekerjaan untuk rakyat terutama pekerja berkemahiran daripada sektor perkilangan, diikuti pertanian," katanya. -BH



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA