PM Norway Bercuti Untuk Main Pokemon Go


OSLO – Perdana Menteri Norway, Erna Solberg, sanggup mengambil cuti daripada tugas rasmi di Bratislava minggu ini untuk memburu raksasa Pokemon di bandar lama, Slovak.

Rakaman video yang disiarkan televisyen hari ini menunjukkan beliau yang ditemani pengawal peribadi, pegawai kanan dan kru televisyen, menggunakan masa terluang antara dua mesyuarat Isnin lalu, bersiar-siar di bandar sambil matanya tertumpu pada telefon pintar.

Pemimpin konservatif berusia 55 tahun itu memberitahu saluran tempatan TV2, ketika memburu raksasa Pokemon Go, beliau cuba menetaskan telur bagi mendapatkan Pokemon jarang ditemui, yang memerlukan pemain berjalan sejauh 10 kilometer.

Solberg yang sebelum ini turut meminati permainan Candy Crush berkata, beliau terpesona dengan Pokemon Go walaupun sebelum ini memberitahu tidak pernah bermain permainan itu.

“Saya dicabar saudara perempuan saya yang menemui raksasa Pokemon Go di beranda rumah,” katanya kepada sebuah akhbar harian, Aftenposten. – AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA