PKDBS Sokong Tindakan Beku Permit Pekerja Luar Sarawak Di Petronas


SIBU : Pertubuhan Kebajikan Dayak Bersatu Sarawak (PKDBS) menyokong penuh tindakan kerajaan negeri Sarawak untuk membekukan permit pekerja luar dalam Petronas menurut Presidennya Datuk Joseph Unggu melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi di Sibu, semalam

Memetik laporan UtusanSarawak, PKDBS sangat bersetuju dengan keprihatinan kerajaan negeri terutama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang telah memberi peluang serta kelebihan kepada rakyat Sarawak untuk bekerja di negeri sendiri.

Joseph juga turut menyarankan anak-anak Sarawak agar segera mengambil peluang yang sedia ada dan berusaha untuk melayakkan diri menimba ilmu pengetahuan dalam bidang yang sesuai dengan peluang pekerjaan di Petronas Sarawak.

Menurut beliau lagi, Petrosar Academy yang menawarkan pengajian jangka pendek mula dibuka dimana ia menyediakan pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan peluang pekerjaan yang disediakan oleh Petronas.

"Yayasan Sarawak turut memberi tajaan kepada kesemua pelajar yang telah memasuki Petrosar Academy itu dan apabila mereka yang terlibat lulus dalam pengajian itu, peluang pekerjaan terjamin buat mereka," katanya.

Pertubuhan PKDBS mempunyai seramai 23,000 orang ahli di bawah 9 cawangan di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2 Disember tahun lepas. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA