Pingat Perak Dan Gangsa Milik Sarawak Dalam Acara Catur



KOTA SAMARAHAN : Atlet Sarawak berjaya merangkul pingat perak dan gangsa dalam acara catur paralimpiad Malaysia yang berlangsung di Dewan Kristal UNIMAS hari ini.

Acara diadakan mengikut kategori masing-masing.

Dalam acara berpasukan lelaki, atlet Sarawak berjaya merangkul pingat perak dalam kategori B1.

Manakala pingat emas dimenangi pasukan lelaki negeri Terengganu dan Wilayah Persekutuan pingat gangsa.

Bagi kategori fizikal wanita pula, atlet wanita Sarawak hanya berjaya merangkul pingat gangsa.

Johor merangkul pingat emas dan atlet dari Wilayah Persekutuan merangkul pingat gangsa.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA