Peter Minos Mahukan Masalah Dan Kekurangan Di Samarahan Perlu Di Ambil Perhatian



KOTA Samarahan : Memandangkan Kota Samarahan semakin pesat membangun,namun masih terdapat masalah yang perlu ditangani serta kekurangan fasiliti yang perlu diambil perhatian.

Walikota Kota Samarahan Dato' Peter Minos berkata, Samarahan sudah memiliki berbagai fasiliti seperti Universiti, Hospital Jantung, Perumahan, Lebuh raya dan sebagainya tetapi masalah seperti kesesakan lalu lintas, jenayah dan kekurangan tenaga kerja Majlis Daerah Samarahan perlu diambil perhatian yang serius.

"Pada hari ini kesesakan lalulintas di Samarahan begitu teruk sekali serta perlu ditangani segera agar kesesakan tidak akan menjadi begitu teruk di masa hadapan.

"Sebagai sebuah kota gedung ilmu seharusnya jenayah dan masalah sosial perlu diambil perhatian segera agar kadar jenayah dan masalah sodial dapat dikurangkan," ucapnya ketika hadir ke Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Daerah Samarahan semalam.

Beliau turut berkata bahawa peningkatan pembangunan seperti pembinaan jalan, perumahan, perparitan dan sebagainya dengan begitu mendadak tetapi Majli Daerah Samarahan masih kekurangan tenaga kerja untuk mengawasi dan memantau setiap pembangunan yang dilaksanakan dan perlunya meningkatkan lagi tenaga kerja agar penguatkuasaan dan pengawasa dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau turut membangkitkan masalah yang menjadi suara rakyat Samarahan pada hari ini kerana masih terdapat kekurangan fasiliti seperti Hospital Umum, Pusat Pelupusan Sampah dan Pusat Rekriasi dan memohon Kementerian Kerajaan Tempatan melihat kekurangan tersebut.

Pada Majlis Angkat Sumpah tersebut turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian, Ahli Parlimen Kota Samarahan Puan Rubiah Wang, ADUN Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo, ADUN Batu Kitang Ir Lo Kher Chiang, Pegawai Daerah Samarahan Aini Wahab dan Setiusaha Majlis Daerah Samarahan Simon Wong Hong Yong.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA