Pesta Benak Sri Aman pada 14-16 Oktober


SRI AMAN: Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2016 mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri kelmarin.

Kunjungan hormat itu diketuai Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis serta Residen Bahagian Sri Aman Jonathan Lugoh bertujuan menjemput Tun Taib menyaksikan Pesta Benak Sri Aman pada 14 hingga 16 Oktober depan di Tebingan Batang Lupar, di sini.

Pelbagai acara menarik sepanjang tiga hari pesta itu seperti Regata Batang Lupar, Pentas Rakyat, pameran agensi-agensi kerajaan dan sebagainya.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Philip Peter Salam, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Cassidy Morris, Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Nelson Mujah Girie serta beberapa ketua jabatan.- UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA