Pesawat Terbabas di Lapangan Terbang Marudi




MARUDI: Sebuah pesawat MASwings terbabas dari Landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang di sini petang tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, dalam kejadian kira-kira jam 4.05 petang pesawat jenis Twin Otter DHC6-400 milik MASwings yang membawa penumpang dari Lapangan Terbang Miri telah tersasar dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi.

Bagaimana pun kesemua tiga penumpang dan dua orang anak kapal terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Siasatan awal mendapati tiada kerosakan pada pesawat berkenaan.

Pihak Maswings ketika ini masih enggan mengulas mengenai kejadian itu. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA