Pesawat Emirates Terbabit Nahas Ketika Mendarat Di Dubai


DUBAI: Sebuah pesawat Emirates bersama 275 orang di dalamnya terbabit dalam nahas ketika mendarat di lapangan terbang di sini hari ini, namun kesemua penumpang selamat dikeluarkan, kata kerajaan.

Rakaman di media sosial menunjukkan asap keluar berkepul-kepul dari pesawat.

"Sebuah pesawat Emirates dari India terbabit dalam nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

"Semua penumpang selamat dikeluarkan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini," kata Pejabat Media Dubai dalam akaun Twitter menambah semua penerbangan keluar dari lapangan terbang itu dihentikan "sehingga notis lanjut."Emirates mengesahkan insiden terbabit.

"Kami mengesahkan penerbangan EK521 dari Thiruvananthapuram ke Dubai terbabit dalam nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai," katanya dalam Twitter.

Syarikat itu berkata, ada 275 penumpang dan kru di dalamnya dan keutamaan mereka sekarang adalah keselamatan semua yang terbabit. -AFP


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA