Peruntukan RM30B Setahun Untuk Simpanan Shariah


KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merancang menyediakan tambahan RM20 bilion kepada RM30 bilion setahun untuk Simpanan Shariah mulai 2018.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata tabung persaraan itu sudah memulakan proses pendaftaran ahli untuk mengubah simpanan konvensional KWSP kepada simpanan patuh syariah.

Simpanan Shariah akan dilancarkan pada Januari 2017.

Dana RM100 bilion diperuntukkan untuk Simpanan Shariah 2017 dan ia adalah berasaskan siapa dahulu diutamakan.

“Dari segi peruntukan aset, ia sama juga dengan dana konvensional yang sedia ada. Dana syariah ini akan memberi tumpuan kepada penstabilan modal,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KWSP di sini hari ini.

Sehingga 8.30 pagi ini, 5,000 ahli sudah memohon untuk memindahkan simpanan KWSP masing-masing kepada Simpanan Shariah di 68 cawangannya di seluruh negara. – BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA