• Pertembungan Toyota Spacio - Lori 10 Tan, Seorang Lelaki Maut

    Published: Monday, 22 August 2016
    A- A+

    SRI AMAN: Seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas kenderaan Toyota Spacio yang dipandunya bertembung dengan lori 10 tan di Jalan Kejatau - Lingga sekitar jam 7 pagi tadi.

    Mangsa, Rhowdy George disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

    Menurut jurucakap bomba, sepasukan lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian.

    "Maklumat awal lori ini (10 tan) sedang berhenti ditepi jalan dan dilanggar daripada belakang oleh Toyota Spacio.

    "Pihak kami menggunakan 'rescue tools' untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya. -Sarawakiana.

  • No Comment to " Pertembungan Toyota Spacio - Lori 10 Tan, Seorang Lelaki Maut "