Pertalian Persaudaraan Tunjang Keharmonian


KUCHING: Pertalian persaudaraan perlu terus dipereratkan sebagai tunjang keharmonian dalam sesebuah kampung.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, nilai murni tersebut jika terus diamalkan dapat memperkasa semangat perpaduan negeri dan negara.

"Perlu kekalkab suasana yang tenang dan aman damai seperti ini sehingga bila-bila," katanya berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Ranting Rampangi Fasa 1 malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, sikap muafakat dan kerjasama juga dapat membantu dalam menjayakan pembangunan di kampung.

"Tradisi seperti ini perlu digalas dan diwariskan kepada generasi muda untuk meneruskan legasi keharmonian kampung dan seterusnya negeri kita," ujarnya. -Sarawakiana








No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA