Persekutuan Tetap Utamakan Sarawak #bajet2017


Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampok kepimpinan Malaysia, usaha membangunkan Sarawak telah dilaksanakan oleh beliau bagi mengimbangi pembangunan yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Ini terbukti apabila setiap peruntukkan dalam pembentangan bajet sudah pasti Sarawak disalurkan dengan peruntukan yang begitu besar.

Pada tahun 2010 sehingga 2014 sahaja sejumlah RM57 bilion telah diperuntukan dalam perbelanjaan dan geran operasi pembangunan. Tahun 2016 pula RM29.2 bilion peruntukan yang melibatkan Sarawak dan Sabah turut mengaitkan peruntukan dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Ini akan menyediakan peluang pekerjaan yang berjumlah 1.6 juta tenaga kerja untuk anak Sarawak selain projek Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dilaksanakan.

Banyak lagi peluang-peluang pembangunan yang dirangka oleh persekutuan untuk Sarawak khasnya memandangkan Sarawak begitu memerlukan peruntukan yang lebih untuk menjana peluang Sarawak dalam menjadikan Sarawak sebuah negeri yang berpendapatan tinggi.

Perkara tersebut akan dibentang oleh Najib dalam pembentangan bajet 2017 yang akan datang dan ia sedang dibincang serta dirangka untuk menyumbang apa yang sepatutnya buat Sarawak agar Sarawak tidak terpinggir dari arus pembangunan sebenar. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA