Perpaduan Kaum Penting Untuk Pembangunan




BALAI RINGIN : Perpaduan begitu penting untuk meneruskan pembangunan terutama di DUN Balai Ringin dan program majlis rumah terbuka atau ramah tamah begitu penting peranannya kerana rakyat yang berbilang kaum dan agama berkumpul dalam satu majlis.

ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, fakta menunjukkan bahawa Negeri Sarawak telah mencatat perkahwinan campur yang tertinggi di Malaysia dan oleh itu Sarawak mampu membina sebuah keadaan yang harmoni sejak sekian lama.

"Hal sedemikian kita di Sarawak lebih gemar mengeratkan silaturahim antara pelbagai kaum dan agama kerana perkahwinan campur juga penyebab rakyat Sarawak mementingkan perpaduan kaum.

"Ramai masyarakat Iban dan Dayak telah berkahwin dengan masyarakat Melayu dan Melanau Islam dan terus mengamalkan Islam sebenar tanpa lupa kepada asal usul mereka," katanya.

Begitu juga masyarakat cina yang berkahwin dengan Iban,Melayu dan sebagainya dan terus hidup bersatupadu sambil bekerjasama membangunkan Sarawak dalam pelbagai aspek tambah Snowdan dalam Majlis Kesyukuran dan Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Kampung Melayu Balai Ringin yang turut hadir Isteri Puan Melinda Claudia Lawan Semalam.

"Ketua Menteri Sarawak begitu tegas dalam menjaga perpaduan rakyat dan beliau lebih gemar mengambil pendekatan secara liberal untuk mendekati semua kaum dan agama agar rakyat mengutamakan kerjasama bagi membangunkan Sarawak ketahap yang lebih cemerlang.

"Sejajar dengan ketegasan Ketua Menteri, rakyat Balai Ringin terus mengamalkan kerjasama dan permuafakatan antara kaum dan agama melalui majlis sebegini dan juga kehidupan seharian supaya sama-sama berganding bahu memastikan Sarawak terus membangun," katanya lagi.

Snowdan turut memberi sumbangan peribadi kepada anak Balai Ringin yang telah terlibat dalam Tadarus Al Quran pada Ramadan yang lalu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA