PERKESO Serah Mesin Hemodialisis


KUCHING: Pusat Hemodialisis Mawar, Cawangan Pending menerima dua mesin hemodialisis baharu bernilai RM80,000 hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Dato’ Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed.

Mesin hemodialisis itu disumbangkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pusat Hemodialisis Mawar, Cawangan Pending merupakan pusat dialisis panel PERKESO bertaraf NGO yang menyediakan kemudahan ratawan kepada 23 orang berinsurans PERKESO.

Program pendermaan mesin hemodialisis kepada pusat-pusat dialisis panel bertaraf NGO dan Badan Amal telah dilaksanakan PERKESO sejak 1998.

Sehingga Jun 2016, sebanyak 512 buah mesin hemodialisis telah diserahkan kepada pusat dialisis NGO termasuk hospital kerajaan di seluruh negara yang melibatkan kos sebanyak RM20.89 juta.

Disamping program pendermaan mesin, PERKESO juga menyediakan kemudahan bantuan dialisis kepada orang berinsuran yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang tahap akhir rawatan dialisis berinsurans.

Sehingga Jun 2016, seramai 13,002 orang berinsurans PERKESO menerima kemudahan ini melalui 474 buah pusah rawatan dialisis panel PERKESO termasuk hospital kerajaan dan melalui pembekal rawatan Peritoneal Dialysis yang dilantik.

Majlis turut disempurnakan dengan penyerahan tiga buah mesin hemodialisis PERKESO kepada Pengarah Hospital Sarikei untu kemudahan orang berinsurans yang berada di Bahagian Sarikei dan sekitarnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA