Pemilik Kebun Jumpa Mayat Di Semanok Tatau

TATAU: Seorang pemilik kebun panik selepas menjumpai mayat dalam kebun miliknya di kawasan Semanok Jalan Tatau-Bintulu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau DSP Dennis Bunyam ketika dihubungi Sarawakiana mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian, pihaknya menjumpai satu mayat lelaki yang dipercayai warga asing.

"Mayat lelaki tersebut berkemungkinan berumur dalam lingkungan 40an berseluar jeans biru, tidak berbaju dekat dengan sebuah pondok kebun sayur. Tiada sebarang dokumen bersama mayat dengan tujuh kesan tetakan dibadan dan kepala disyaki menggunakan senjata tajam." katanya.

Difahamkan turut dijumpai sebilah parang berdekatan mayat mangsa yang dipercayai sebagai senjata yang digunakan untuk menetak mangsa.

Mayat mangsa tanpa identiti berkenaan dihantar ke hospital untuk di bedah siasat.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ketua Polis Daerah (KPD) Tatau DSP Dennis Bunyam di talian 019-8349877 atau menhubungi pegawai Penyiasat Insp Zulkflee Osman di talian 086584999 dan 019-8475500. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA