Perdana Menteri Najib Seorang Yang Ikhlas



Dalam satu Majlis di Sarawak tidak berapa lama dulu Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pernah berkata bahawa Sarawak menyokong penuh Perdana Menteri Malaysia kerana Najib bertindak secara betul dan ikhlas. Itulah kenyataan Adenan yang telus terhadap Najib yang telah memandang serius keadaan Sarawak yang jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan.

Adenan turut menyatakan bahawa walau apapun sedang berlaku terhadap Najib, beliau lebih rasional bertindak dengan mengambil pendekatan undang-undang untuk menyelesai masalah yang dibangkitkan oleh pihak yang menentang pentadbiran Najib.

Ternyata kenyataan Adenan benar kerana dalam isu 1MDB Najib rasional untuk diselesaikan melalui undang-undang dan siasatan telah dilakukan dan keputusan siasatan menunjukkan beliau tidak bersalah. Malah PAC yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pembangkang turut mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak bersalah dalam isu 1MDB.

Dalam isu saman sivil DOJ turut mengheret Najib apabila pembangkang dan pihak Tun Mahathir mendakwa Najib terlibat bila DOJ menamakan Malaysian Official 1 kononnya Najib turut terlibat. Walau apa pun Najib tetap membuat kenyataan agar siasatan diteruskan dan ia diselesaikan dengan cara undang-undang.

Apa yang berlaku kini DOJ tidak pula menyebut nama Najib dan keputusan DOJ membenarkan syarikat yang berkaitan anak tiri Najib terus dibenarkan beroperasi seperti biasa dan ia adalah satu kebenaran yang memberi kemenangan terhadap Najib.

Kebenaran akan berada dipihak yang benar jika ia dilakukan dengan ikhlas dan jujur dan inilah yang berlaku terhadap Perdana Menteri Malaysia hari ini. Maka jelaslah kenyataan Adenan bahawa Najib seorang yang ikhlas dan ia menjadi kenyataan apabila satu demi satu isu berkaitan Najib sudah selesai.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA