Perangkap Yang Khairul Buat Untuk Abu Kassim, Gani Dan Zeti

Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairul membuat perangkap yang berganda sebagai serangan awal yang mengejutkan Abu Kassim, Gani dan Zeti. Kini mereka tidak tahu sama ada mereka perlu mengambil risiko menyaman dan membiarkan semua butir-butir pengintipan dan pengkhianatan mereka didedahkan di mahkamah atau pun tidak.

Ramai tidak menjangka Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat mengadakan sidang akhbar pada 20 Julai 2016 mengenai tindakan sivil untuk mendapatkan kembali US $ 1 bilion, yang dikatakan milik 1MDB, malah ramai juga yang tidak menjangkakan laporan polis yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Anda boleh membaca dua artikel sebelum ini (Abu Kassim caught in his own web of deceit dan Are Abu Kassim, Gani and Zeti going to face charges of treason?) mengenai perkara ini.

Ia menimbulkan persoalan sama ada laporan polis Khairul adalah serangan awal atau perangkap. Malah, ia kelihatan seperti gabungan kedua-duanya. Walaupun laporan polis menjurus kepada tindakan susulan berikutan sidang akhbar pada 20 Julai, ia juga mungkin menyediakan perangkap untuk bekas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beberapa malam yang lepas merupakan jamuan perpisahan Abu Kassim di mana beliau, Gani dan Zeti sepatutnya telah mengadakan sidang akhbar bersama mengenai sidang media 20 Julai 2016 oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat. Pada sidang media ini mereka sepatutnya mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mengadakan sidang akhbar di Jakarta memberitahu media antarabangsa pada dasarnya perkara yang sama dan mengulangi apa yang telah diperkatakan semenjak Disember 2014.

Kedua-dua sidang akhbar ini telah dibatalkan, dan apabila media bertanya kepada ketiga-tiga mereka, Gani menjawab bahawa ini adalah permainan politik semata-mata manakala Abu Kassim dan Zeti enggan mengulas dan berkata mereka akan berbincang dengan peguam mereka terlebih dahulu sebelum memberi maklum balas. Laporan berita Malaysiakini di bawah jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga mereka adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dan operasi ANC (Kempen Anti-Najib).


Khairul dan peguamnya, Shafie Abdullah, berada dalam keadaan bersedia dan sedang menunggu salah seorang atau semua daripada mereka menyaman. Oleh sebab itu, saya mengesyaki Khairul telah membuat perangkap untuk ketiga-tiga mereka. Sebaik sahaja mereka membawa kes ini ke mahkamah maka semuanya akan terbongkar.

Mahkamah akan diberitahu bahawa Abu Kassim, Gani dan Zeti semua terbang ke Amerika Syarikat untuk bertemu pihak berkuasa US. Mereka terbang secara berasingan dan mengambil laluan yang berbeza tetapi berkumpul di Amerika Syarikat.

Mereka kemudian bertemu pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membincangkan apa maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk mengenakan Najib. Dokumen-dokumen itu akan dibincangkan dan mahkamah akan diberitahu bahawa beberapa dokumen sebenarnya telah dipalsukan atau direka untuk mengukuhkan kes US terhadap 1MDB.

1MDB akan memberi keterangan bahawa tiada siapa dari Amerika Syarikat menghubungi mereka dan sebenarnya mereka tidak pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat berkenaan kehilangan wang. 1MDB akan menambah bahawa sebenarnya mereka tidak pernah mengalami sebarang kehilangan wang seperti yang didakwa.

Selanjutnya mahkamah akan diberitahu bahawa perjumpaan Abu Kassim, Gani dan Zeti yang diadakan dengan pihak berkuasa AS bukan atas dasar persetujuan kerajaan. Ini bukan satu urusan G-to-G tetapi perancangan peribadi dengan tujuan dan maksud “off the record”.

Dalam erti kata lain, ia adalah operasi penyangak.

Pada dasarnya itu adalah apa yang Khairul katakan dalam laporan polisnya bahawa tidak ada fitnah yang terlibat. Mahkamah akan diberitahu bahawa apa yang Khairul mendakwa dalam laporan polisnya adalah benar dan segala yang didakwa itu memang berlaku. Ia akan diperdengarkan mahkamah.

Jika salah seorang atau ketiga-tiga mereka memilih untuk membawa kes ini ke mahkamah, ia menjerut leher mereka sendiri. Saya diberitahu ini adalah apa yang Khairul berharap mereka akan lakukan – membawa kes itu ke mahkamah – supaya mereka boleh didedahkan di mahkamah.

Oleh itu marilah kita lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang. Pihak polis dijangka akan memanggil Khairul untuk merekodkan kenyataannya. Kemungkinan Abu Kassim, Gani dan Zeti juga akan dipanggil untuk merekodkan kenyataan mereka juga.

Selepas itu kita dapat mengikuti kes mahkamah yang akan mendedahkan butiran bagaimana mereka merancang untuk mendesak Najib meletakkan jawatan dengan bantuan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat berdasarkan maklumat dan dokumen yang dibekalkan oleh Abu Kassim, Gani dan Zeti ‘under-the-table’, malahan ada dokumen yang telah dipalsukan atau direka. – Malaysia Today

1 comment:

  1. Penderhaka kepada negara, sabit kesalahan hukuman gantung sampai mati. Azwan Harun dan Malaysia Today are heros.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA