Perancangan Strategik, Latihan Berfasa Dan Kerjasama Strategik Resipi Kejayaan Selangor


KUCHING: Perancangan strategik, latihan berfasa dan kerjasama strategik dengan persatuan sukan negeri menjadi rahsia kepada kejayaan Selangor muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkata, setiap badan sukan di negeri berkenaan melaksanakan persediaan komprehensif sejak 18 bulan lalu.

Menurutnya, Selangor turut mempunyai perancangan lima tahun dalam usaha membangunkan sukan.

"Di Selangor sukan boleh dianggap sebagai 'soft sector' dan menyumbang kepada pembangunan negeri (ekonomi)," katanya.

Dengan kejayaan itu kata Azmin, peruntukan besar akan diberikan untuk pembangunan sukan terutama dalam bajet tahun hadapan.

Malah jelasnya, beberapa prasarana sukan akan dinaiktaraf dengan menggunakan teknologi terkini.

"Ia termasuk kemudahan gimnastik artistik, pusat latihan bolong padang, pusat latihan memanah, lawan pedang dan sukan tempur," ujarnya.

Mengenai imbuhan kepada atlet Selangor, Azmin berkata, perkara itu akan diumumkan oada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA