Penunjuk Perasaan Bantah Tindakan Polis Perancis


LONDON: Susulan halangan daripada memakai burkini di Perancis, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan kedutaan negara tersebut di London bagi membantah larangan berkenaan.

Menerusi klip video yang diambil dari luar bangunan kedutaan tersebut di Knightsbridge memaparkan sekumpulan wanita sedang melaungkan slogan ‘'The sisters united will never be divided’.

Kumpulan tersebut hadir dengan memakai bikini dan burkini di samping membawa kerusi santai serta pasir bagi menyuarakan bantahan mereka selepas pihak berkuasa di Nice mengharamkan burkini berikutan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara tersebut.

“Sekiranya burkini membolehkan wanita pergi dan duduk di pantai untuk menikmati sinaran matahari, pastinya ia perlu digalakkan.

“Ia juga membantu memastikan wanita-wanita ini tidak lagi di pinggirkan,” kata seorang aktivis dan penganjur di Citizens UK, Esmat Jeraj.

Selain itu, Jeraj turut menganggap tindakan larangan tersebut sebagai misogini dan Islamophobia, lapor Mirror.uk.

Dalam pada itu, Fariah Syed yang turut membantu dalam penganjuran tunjuk perasaan tersebut berkata wanita Islam memainkan peranan penting dan boleh dilihat di dalam demonstrasi.

“Masalahnya ialah wanita Islam sering kali dilihat sebagai lemah dan tidak mempunyai suara mereka sendiri.

“Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa kita mempunyai suara dan boleh menggunakannya,” katanya.

Beberapa insiden yang berlaku di Perancis baru-baru ini menerima kecaman hebat berikutan daripada larangan pemakaian burkini tersebut.

Awal minggu ini juga, satu siri gambar menunjukkan pasukan polis bersenjata sedang memaksa seorang wanita Muslim untuk membuka pakaian mereka. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA