Pentingnya Menjaga Hutan Bagi Mengelak Kesan Yang Buruk Kepada Alam Sekitar - Wan Junaidi



KUCHING : Persidangan Kemuncak Hutan Tropika di Brunei adalah yang kedua di adakan merupakan satu platfom untuk membincangkan keadaan hutan tropika di seluruh kawasan Asia Pasifik.

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Dato' Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, negara Asia Pasifik terlibat apabila tahap air laut naik dan berkaitan perjanjian di Paris untuk menjaga alam sekitar negara yang terlibat.

"Inisiatif ini dibuat oleh pihak Australia yang sebagai penyumbang dana dan ada 9 negara yang menghantar wakil, pegawai tertinggi dan NGO yang berkaitan dengan hutan dalam persidangan itu.

"Ini adalah inisiatif bagi mendapat laporan daripada negara-negara yang terlibat daripada sudut apakah tindakan mereka untuk menangani masalah kehilangan hutan tropika di kawasan ini," katanya ketika sidang media Majlis Penyerahan Geran MRP kawasan P.193 petang tadi.

Beliau menjelaskan hutan tropika bertindak sebagai penyedut karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan sebagainya.
"Oleh kerana itu hutan begitu penting bagi manusia sejagat.

"Inisiatif ini dibuat supaya negara yang terlibat di negara Asia Pasifik yang mempunyai hutan tropika boleh dikatakan amat penting dalam hidup menjaga rantaian kehidupan dan banyak negara telah menerima kesan seperti kemusnahan alam akibat ribut taufan akibat kehilangan hutan," ujarnya.

Hadir sama isteri Datin Sri Feona Wan Junaidi pada Majlis Penyerahan Geran MRP di Dewan Serbaguna Pejabat Pusat Khidmat P.193 Santubong petang tadi.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA