Penonton Baling Bom Asap Di Stadium Darul Makmur



KUANTAN: Perlawanan Piala Malaysia antara Pahang dan Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini, dicemari dengan insiden penyokong membaling bom asap ke kawasan tepi padang. Ia berlaku pada minit ke-80 sehingga memaksa pengadil perlawanan, Fitri Maskon bertindak menghentikan perlawanan kira-kira seminit. 

Perbuatan itu dipercayai bermula dengan tindakan beberapa individu membaling mercun ke kawasan tepi padang Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu. 

Beliau berkata, seramai enam lelaki yang dipercayai terbabit dengan perbuatan itu ditahan untuk siasatan lanjut. Katanya, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini kerana bertindak agresif. 

"Siasatan awal mendapati tiga bom asap dibaling ke tepi padang dan kita hanya mengambil tindakan menahan mereka sebaik perlawanan berakhir. 

"Kira-kira 15 minit untuk meredakan keadaan memandangkan ada di kalangan mereka bertindak agresif dan mereka dibawa ke IPD untuk siasatan," katanya. 

Pada perlawanan itu, Pahang menewaskan Kuala Lumpur 2-1.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA