Penjaja Mahukan Kepastian Dari Pihak Berkaitan



KUCHING : Pasar Tani MJC Batu Kawa mungkin akan tinggal nama kerana penjaja yang berniaga pada hari Khamis dan Jumaat setiap minggu itu disebabkan masalah melibatkan pihak yang sepatutnya menguruskan tapak.

Kebanyakan penjaja masih tertanya-tanya mengenai pihak yang sepatutnya mengurus pusat penjaja yang popular di kalangan masyarakat Batu Kawah itu.

Penjaja sayur, Nunggah Liang, 49, berkata, isterinya hampir lima tahun menjual sayur-sayuran di tapak tersebut dan mengakui pendapatan berniaga di situ amat memberangsangkan kerana pengunjung begitu ramai berkunjung ke situ.



"Tapak ini memang sesuai untuk Bumiputera seperti kami berniaga dan harus di kekalkan sampai bila-bila walaupun kami menghadapi masalah tentang siapa pihak yang menguruskan tapak ini.

"Pada awalnya memang kami di bawah pihak pasar tani tetapi sejak perselisihan pendapat antara pihak pengurusan pasar tani, MPP dan pengurusan MJC telah merisaukan kami kerana kami tiada butiran lanjut siapa yang sebenarnya pihak yang mengurus tapak niaga penjaja ini," katanya

Nunggah turut ada penyelesaian dalam hal sedemikian agar pengurusan tapak niaga tersebut akan lebih terjamin pengurusan dan status tapak tersebut akan terus kekal di situ.



Bagi Mohd Nazri Ibrahim, 36, yang menjual kuih muih dan air turut sependapat dengan kenyataan Nunggah.

"Saya berniaga di tapak ini sudah menjangkau 10 tahun dan di sini pendapatan jualan begitu baik dan mendapat sambutan pengunjung.

"Cuma masalah kami penjaja di sini ialah status yang bergantung tanpa tali seolah-olah kami akan diarah keluar dari tapak niaga kerana kami sekarang tidak mengetahui pihak mana yang mengurus kami." katanya yang berasal dari Kampung Rantau Panjang.

Nazri berpendapat supaya mereka dapat terus kekal berniaga di situ dan ada pihak yang akan mengurus mereka di situ selain pihak kerajaan campur tangan.



Aisya, 20, yang membantu ibunya turut mahukan kepastian pihak mana yang mengurus mereka agar mudah untuk memohon kelengkapan berjaja seperti kanopi, meja, sambungan elektrik dan air untuk memudahakan urusan harian mereka.

"Pendapatan berniga di tapak ini begitu menguntungkan kerana pengunjung sentiasa datang ke sini walaupun ia cuma di adakan seminggu dua kali sahaja.

"Amatlah diharapkan mereka tidak akan dipindah ke tempat lain kerana kami dan penjaja lain selesa berniaga di tapak ini" ujarnya.

Sebelum itu penjaja di disitu telah mengusulkan masalah mereka kepada Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian yang juga ADUN Batu Kawa tidak berapa lama dahulu.

Dr Sim telah memberi jaminan agar mereka terus berniaga di tapak berkenaan seperti biasa..-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA