Penguatkuasaan Efektif Untuk Bendung Pencerobohan Vesel Asing


SEMATAN: Perairan Sarawak yang begitu luas memerlukan pasukan penguatkuasa lebih efektif terutama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai usaha membendung pencerobohan dan pendaratan vesel asing untuk menangkap hasil laut.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara tersebut jika tidak segera diambil tindakan sudah pasti akan merugikan negeri ini.

Malah menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sentiasa mengambil berat terhadap isu tersebut.

"Kita akan berbincang dengan APMM untuk tingkatkan penguatkuasaan di kawasan perairan kita. Kawasan perairan kita amat besar dan memerlukan pengutkuasaan yang efektif," katanya.

Terdahulu beliau menyerahkan elaun sara hidup nelayan kepada 325 nelayan di kalangan ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lundu/Sematan di Dewan Persatuan Chung Hua Sematan. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA