Pengsan Selepas Bertengkar 8 Jam


CHINA: Akibat bertengkar selama 8 jam tanpa henti bawah cuaca panas terik, dua orang wanita pengsan di tepi jalan di bandar Angkang.

Menurut laporan Dailymail, kedua-dua wanita separuh abad tersebut bertengkar tentang hutang bermula pada jam 2 petang waktu tempatan.

Seorang saksi memberitahu mulut salah seorang wanita terbabit berbuih.

Kedua-dua wanita berkenaan juga dilaporkan tidak menjamah sebarang makanan atau meminum air sepanjang pertengkaran tersebut.

Mangsa telah dibawa ke hospital dan dirawat namun keadaan terkini mangsa gagal diketahui. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA