Penglibatan Rakyat Malaysia Dalam Aksi Penyembelihan


Tragedi penyembelihan di Syria yang dilakukan Mohamad Wanndy Mohamad Jedi dan Mohd. Feris Anuar pads 22 Februari 2015 bukan kes pertama keganasan luar batasan babitkan rakyat Malaysia.

Mohamad Wanndy, 26, kelahiran Durian Tunggal, Melaka dan Mohd. Feris Anuar, 20, berasal Gurun, Kedah, menyertai Daesh di Raqqa, Syria pada 2014.

Namun kejadian itu bukan keganasan penyembelihan pertama babitkan rakyat negara ini.

Pada tahun 2011, dua pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor, Onn Azrai Puade dan Nik Se Rusdi terbabit menyembelih anggota keselamatan Thailand, Sidi Mano di sungai Golok, Thailand.

Sidi dibunuh kerana berkhidmat dengan pasukan beruniform Thailand.

Ketua Bahagian Counter Terorism E8 Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Maidin Pitchay berkata, ideologi ekstrim serta sikap memusuhi sesiapa saja yang menentang Daesh punca utama jenayah penyembelihan dilakukan.

“Daesh menanam kebencian melampau. Daesh menghalalkan darah umat Islam tidak kira Syiah, Wahabi mahu pun Sunni. Ini doktrin ganas Jihadi Salafi,” kata Ayob Khan pada Majlis Dialog Keselamatan Negara di Wisma Negeri, Melaka. -mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA