Penggunaan WeChat Meningkat 60 Peratus


KUALA LUMPUR: Penggunaan aplikasi komunikasi mudah alih sosial WeChat meningkat sebanyak 60 peratus di Malaysia sejak dari 2015 menerusi kajian tingkah laku dan trend pengguna digital oleh GlobalWebIndex (GWI).

Ketua Pegawai Penyelidik GWI Jason Mander berkata, pihaknya mendapati bahawa antara separuh pertama 2015 dan separuh pertama 2016, kadar penggunaan WeChat berkembang hampir dua kali ganda di Asia Pasifik di luar China.

“Kami kagum, tetapi tidak terkejut dengan pertumbuhan WeChat yang memberangsangkan di seluruh APAC. Fleksibiliti dalam servis yang melangkaui setakat mesej ringkas, menyebabkan WeChat menjadi pilihan popular dalam pelbagai pasaran,” kata dalam kenyataan di sini, semalam.


Laporan GWI mendapati bahawa pertumbuhan WeChat merekodkan pengukuhan di Korea Selatan (sehingga lebih 300 peratus), Filipina (naik 150 peratus) dan Indonesia (naik 79 peratus) dan ianya juga menjadi aplikasi pemesejan yang paling pesat berkembang di Australia, di mana ia mencatatkan kenaikan 284 peratus.

Sementara itu, WeChat berkata, ia amat komited untuk membina eko-sistem yang kukuh melalui gabungan kandungan mesej, permainan, hiburan, media serta opsyen pembayaran.

“WeChat menyediakan pengalaman yang selamat, interaktif dan pengalaman yang lancar dengan privasi yang komprehensif termasuk sistem sekuriti yang boleh disesuaikan,” kata Naib Presiden, International Business of Tencent, Poshu Yeung.

WeChat adalah aplikasi utama Tencent yang berpangkalan di China. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA