Pengawal Keselamatan Jual Syabu Ditangkap Di Lawas


Miri : Seorang pengawal keselamatan ditahan di sebuah rumah di Kampung Bukit Puan, Ulu Merapok Lawas, Limbang semalam kerana terlibat dalam kegiatan menjual syabu.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata lelaki berusia 19 tahun itu ditangkap pukul 2.30 petang bersama dengan 16 tiub kecil yang diperbuat daripada penyedut minuman dan disembunyikan di dalam bekas krim ubat berwarna putih.

"Nilai keseluruhan dadah syabu yang dirampas ialah RM1,300 dengan berat kesemuanya sebanyak 2.8 gram," katanya kepada Bernama hari ini.

Abang Zainal berkata, setiap tiub straw itu dijual antara RM50 dan RM250 setiap satu berdasarkan saiz tiub yang dijual.

"Suspek telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati negatif daripada kesan dadah," katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA