Pengarah Jabatan Kerajaan Direman Kes Rasuah



AYER KEROH: Seorang pegawai kanan kerajaan bergelar Datuk direman seminggu bermula hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Majistret negeri, Syarina Shaarani @ Tan, terhadap pegawai berusia 56 tahun itu berdasarkan Seksyen 117 Kanun Keseksaan, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga dan seluar hitam diiringi pegawai SPRM tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 9.23 pagi.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA