Penanaman Pokok Beri Kesedaran Warga Kota Hargai Alam Sekitar


KUCHING : Seramai 20 orang ahli Japan Malaysia Association Group telah mengadakan Aktiviti Penanaman Pokok di Jalan Bako (Persimpangan Pelabuhan Senari), Kuching pagi tadi.

Turut menghadiri program berkenaan ialah Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Datuk Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai. Dianggarkan sebanyak 50 batang pokok akan ditanam sempena program ini. 

Program tersebut bertujuan untuk memupuk semangat cintakan kehijauan pokok-pokok dalam memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada masyarakat serta meningkatkan kesedaran di kalangan warga kota akan pentingnya menghargai alam sekitar.

Malah ia turut mewujudkan jalinan kerjasama di antara warga kota melalui promosi kesedaran pendidikan kesihatan persekitaran yang berasaskan kepada kesihatan awam dan kebersihan persekitaran. 

Di samping itu juga, ia selaras dengan hasrat DBKU untuk menjadikan Bandaraya Kuching sebagai bandar raya Pilihan yang Berdayahuni dan Dinamik dimana satu pelan koprat bersepadu merangkumi pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh DBKU dengan memberi penekanan kepada warga kota telah disediakan. 

Pelan Penambahbaikan Cantik, Bersih dan Selamat (CBS) Kuching 2013-2017 merupakan pelan lima tahun yang merangkumi rangka kerja untuk meningkatkan dan memartabatkan Bandaraya Kuching sebagai sebuah bandar raya yang paling cantik, bersih dan selamat serta popular di Asia menjelang 2017. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA