• Pembinaan Masjid Bandar Kuching Terus Rancak Dijalankan

    Published: Thursday, 11 August 2016
    A- A+

    Kuching : Projek pembinaan Masjid Bandar Kuching atau lebih dikenali sebagai Masjid India terus rancak dilaksanakan di kawasan Esplanade Kuching.

    Projek tersebut, yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM6 juta, dibina di atas Sungai Sarawak bagi menimbulkan kesan agar ianya seolah-olah terapung seperti sebuah masjid di Istanbul.

    Berdasarkan kepada papan notis di kawasan tapak pembinaan, projek ini dijangka akan siap pada 11 Jun 2017 dan mampu memuatkan maksimum seramai 1,200 jemaah bagi ruangan dalam dan luar.

    Menurut sumber, lokasi asal Masjid India (dibina pada tahun 1834) tidak akan diroboh malah ianya dipulihara dan dikekalkan sebagai tapak warisan yang pastinya akan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri Sarawak, khususnya ke Bandaraya Kuching. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pembinaan Masjid Bandar Kuching Terus Rancak Dijalankan "