• Pemandu Treler Maut, 22 Penumpang Bas Selamat Kemalangan di Jalan Sibu - Selangau

    Published: Wednesday, 3 August 2016
    A- A+

    SELANGAU: Seorang pemandu treler maut serta merta apabila bertembung dengan sebuah bas penumpang di Jalan Sibu-Selangau di sini awal pagi tadi.

    Pemandu trailer yang maut dikenali sebagai Jimmy Hagi, 42, manakala pemandu bas hanya mengalami kecederaan.

    Walau bagaimanapun penumpang bas seramai 22 orang dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

    Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan mengesahkan kejadian tersebut yang dipercayai berlaku jam 4 pagi.

    Menurutnya, pihak Bomba telah menerima laporan mengenai kemalangan itu sekitar jam 4.04 pagi.

    “Berdasarkan maklumat awal, lori treler tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Sibu ke Miri, dan cuba mengelak lori pasir yang rosak di tepi jalan, sebelum bertembung dengan bas yang datang dalam perjalanan dari Kuching ke Bintulu,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pemandu Treler Maut, 22 Penumpang Bas Selamat Kemalangan di Jalan Sibu - Selangau "