Pemanah Wanita Terengganu Dan Kedah Perolehi Emas


KOTA SAMARAHAN : Pemanah wanita Terengganu dan Kedah memperolehi emas dalam kategori masing-masing di lapangan acara memanah di UNIMAS sebentar tadi.

Dalam acara Compound Wanita 50 meter peserta dari Terengganu Nor Saadah Abdul Wahab memperolehi pingat emas setelah mencatat mata 659 mata panahan.

Manakala Zainatul Akmar Dzulkarnain dari Perak memperolehi pingat perak setelah mamperolehi 556 mata panahan.

Cuma dua peserta yang memenangi acara tersebut.

Dalam acara recurve wanita 70 meter pula, peserta dari Kedah Ananthy Lachiman berjaya merangkul pingat emas dengan 347 mata panahan.

Pingat perak pula dirangkul oleh Nurfatin Afifah Mohammad dari Pahang dengan 316 mata dan gangsa di rangkul peserta Sabah Nurizzari Hasanu yang memperolehi 131 mata panahan.

Tun Jane Abdullah sebagai penaung Majlis Paralimpik Malaysia telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA