Pemanah Lelaki Perak Ungguli Emas Di Acara Memanah


KOTA SAMARAHAN : Pemanah Negeri Perak mendominasi emas dalam kategori masing-masing di lapangan acara memanah di UNIMAS sebentar tadi.

Dalam acara Compound lelaki 50 meter peserta dari Perak Yuhaizam Yahya memperolehi pingat emas setelah mencatat mata 658 mata panahan.

Manakala Azrul Abd Rashid memperolehi pingat perak setelah memperolehi 648 mata panahan dan gangsa pula dimenangi Kumar A/L Krisnan dari Kedah dengan 646 mata panahan.

Dalam acara recurve lelaki 70 meter pula, peserta dari Perak Zukifli Mat Zain berjaya merangkul pingat emas dengan 613 mata panahan.

Pingat perak pula dirangkul oleh Ahmad Zaffri Jamaluddin dari Pahang dengan 589 mata dan gangsa di rangkul peserta Kedah Suresh A/L Selvatamby yang memperolehi 576 mata panahan.

Tun Jane Abdullah sebagai penaung Majlis Paralimpik Malaysia telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA